Berita KBS

HEBAHAN PENAWARAN SKIM BIASISWA SUKAN PERSEKUTUAN (BSP), KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS) TAHUN 2024

HEBAHAN PENAWARAN SKIM BIASISWA SUKAN PERSEKUTUAN (BSP), KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS) TAHUN 2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Datuk/ Dato'/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,

 

HEBAHAN PENAWARAN SKIM BIASISWA SUKAN PERSEKUTUAN (BSP), KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS) TAHUN 2024

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melaksanakan Penawaran Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) kepada atlet yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara bagi bidang pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan.

 

Sehubungan dengan itu, Kementerian ini memohon jasa baik pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan agar dapat memanjangkan hebahan ini kepada atlet-atlet serta pihak berkaitan. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi pautanhttps://spsb.kbs.gov.my/backend/web/ bermula 12 hingga 27 Jun 2024. Jangkaan tempoh penawaran sehingga keputusan permohonan adalah seperti berikut:

 

PERKARA

TEMPOH

Permohonan secara dalam talian (online)

12 hingga 27 Jun 2024

Sesi Temu Duga

Ogos 2024

Keputusan Permohonan

Oktober 2024

 

Bersama-sama ini dilampirkan salinan iklan berserta syarat-syarat permohonan untuk perhatian dan tindakan pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan selanjutnya. Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan Unit Biasiswa, KBS di talian 03-8871 3549/ 3538.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 07-02-2025, 16:58:19

Jumlah Pengunjung Laman :

Search