Berita KBS

Kursus Pengurusan Berkesan (KPB) Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Kelantan

Kursus Pengurusan Berkesan (KPB) Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Kelantan

8 Jun 2024 , Kota Bahru - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur telah menganjurkan Kursus Pengurusan Berkesan Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Kelantan di Hotel Holiday Villa Kota Bharu bermula 7-8 Jun 2024.

Para peserta seramai 42 orang adalah terdiri daripada pemimpin belia yang dilantik semasa mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan belia masing-masing. Taklimat penyediaan Maklumat Yang Perlu Diberi (MYKD), Kaedah dan Simulasi Mesyuarat Agung dan Protokol Semasa Mengadakan Majlis adalah antara pengisian kursus yang disampaikan oleh penceramah.

Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria telah hadir menyempurnakan majlis penutupan kursus ini. Turut hadir bersama ialah Encik Mohd Syahiran Muhammad, Presiden Majlis Gabungan Belia Kelantan.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 21-04-2026, 15:52:08
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.