Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kepada Pasukan Korfball Negara
- ukk
19 Jun 2024, Putrajaya - Bertempat di Menara KBS, telah berlangsungnya majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan korfball negara yang telah disempurnakan oleh YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Pasukan korfball negara bakal membawa nama Malaysia di Kejohanan IKF U21 World Korfball yang akan berlangsung pada Julai 2024 bertempat di Antalya, Turkey. Selamat maju jaya dan selamat berjuang kepada pasukan korfball.
Kita Semua Team MAS!
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS
