Berita KBS

Mesyuarat Agung Tahunan MAKSAK Malaysia kali ke-68

Mesyuarat Agung Tahunan MAKSAK Malaysia kali ke-68

29 Jun 2024, Putrajaya -Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu merangkap Naib Yang Dipertua MAKSAK Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan MAKSAK Malaysia kali ke-68.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali merangkap Yang Dipertua  MAKSAK, ini telah meluluskan Laporan dan Penyata Kewangan Tahunan 2023 serta Anggaran Perbelanjaan dan Program bagi Tahun 2024.  

Program-program yang dirangka oleh MAKSAK pada tahun 2024 diharapkan dapat terus memacu pembudayaan sukan dalam kalangan penjawat awam selari dengan Visi Sukan Negara 2030.

KBS akan terus menyokong pelaksanaan aktiviti sukan yang dianjurkan oleh MAKSAK.

Turut hadir ke mesyuarat adalah YBhg. Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam merangkap Timbalan Yang Dipertua MAKSAK.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.