Berita KBS

Sidang Anak Muda K2K

Sidang Anak Muda K2K

29 Jun 2024, Puchong - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Sidang Anak Muda K2K.

Sidang Anak Muda K2K merupakan inisiatif untuk melatih dan melahirkan pemimpin pelapis muda yang berkualiti sejajar dengan keperluan negara, dan melalui sidang ini peserta diperkasa dengan kemahiran berdebat, berbincang serta menyelesaikan masalah sebagaimana dalam suasana
Parlimen.

Program ini menampilkan belia daripada 10 perumahan awam iaitu Perumahan Awam (PA) Seri Selangor, PA Seri Sarawak, PA
Hang Tuah, PPR Seri Cempaka, PA Seri Kota, PPR Taman Mulia, PA Seri Sabah 3A, PPR Desa Tun Razak, PPR Kampung Baru HICOM dan PPR Lembah Subang 1.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 18-01-2026, 01:43:22
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.