Majlis Pembukaan Kejohanan Sukan Tempur Peringkat Kebangsaan Tahun 2024
- ukk
29 Jun 2024, Serdang - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Pembukaan Kejohanan Sukan Tempur Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 bertempat di Dewan Bankuet UPM, Serdang.
Kejohanan ini merupakan inisiatif KBS dengan hasrat menyerlahkan potensi bakat sukan negara.
Kejohanan ini juga platform memperkasakan pembangunan sukan terutamanya sukan tempur dan seterusnya melahirkan bakat baharu untuk mewakili negara di temasya sukan antarabangsa.
Berlangsung bermula 27 hingga 30 Jun, sebanyak 5 acara dipertandingkan iaitu silat olahraga, tae kwan do, wushu, silambam dan muay thai.
Hadir sama Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI
