Lawatan Pemantauan ke Projek Menaik Taraf Stadium Juara, Bukit Kiara.
- ukk
30 Jun 2024, Kuala Lumpur - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu mengadakan lawatan pemantauan ke projek menaik taraf Stadium Juara, Bukit Kiara.
Projek membaik pulih dan menukar lantai Stadium Juara ini dilaksanakan susulan sebahagian bawah lantai telah diserang anai-anai.
Pertukaran lantai ini merupakan kali pertama sejak Stadium Juara dibina untuk Sukan Komanwel 1998.
KBS dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) juga akan berbincang dengan agensi yang berkaitan supaya penukaran lantai ini dapat dilaksanakan dengan mampan melalui usaha restorasi kepelbagaian biologi.
Penaik tarafan ini dijangka siap pada bulan Ogos 2024 dan akan memberi manfaat kepada atlet, penggiat dan peminat sukan di seluruh negara.
Turut hadir adalah En. Iliyas Jamil, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Stadium Malaysia.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI
