Berita KBS

Majlis Perasmian Business Supercharge Program (BSP) 3.0

Majlis Perasmian Business Supercharge Program (BSP) 3.0

11 Ogos 2024, Putrajaya - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah menyampaikan ucapan  di Majlis Perasmian Business Supercharge Program (BSP) 3.0 hari ini. Beliau telah disambut oleh Encik Bruce Ban, Presiden JCI Malaysia, Encik Anirudh Sistla, Timbalan Presiden JCI Antarabangsa dan Puan Eugene Teoh, Penganjur utama.

BSP 3.0 merupakan satu program anjuran Junior Chamber International (JCI) Malaysia, salah satu badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM). Program ini bertujuan untuk melengkapkan usahawan muda dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk terus berkembang dan maju dalam landskap perniagaan yang kompetitif. BSP 3.0 pada kali ini telah menarik lebih 120 peserta dari pelbagai latar belakang.

YBhg. Ts. Dr. KSU KBS telah berkongsikan usaha KBS untuk meningkatkan tahap sosioekonomi belia termasuk program Social Enterprise for Rural Youth (SERY), Rakan Niaga di bawah payung Rakan Muda dan penyediaan Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia. Beliau turut menggalakkan usahawan muda untuk menceburkan diri dalam industri sukan yang semakin berkembang.   Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) juga telah berkongsi berkaitan ekosistem syarikat pemula (Start-Up) di Malaysia. 

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.