KSU KBS memantau projek pembangunan di Kompleks Belia dan Sukan Sarawak
- ukk
20 Ogos 2024, Sarawak - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg Ts Dr Nagulendran Kangayatkarasu, telah mengadakan lawatan projek pembangunan di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Kuching, Sarawak.
Beliau telah memantau dua projek yang sedang berjalan iaitu Kajian Mendapan dan Naik Taraf Gimnasium Rakyat di KOMBES Sarawak. Kajian mendapan yang dijangka siap pada 28 November 2024 akan memberikan gambaran intervensi yang sesuai untuk dilaksanakan pada tahun 2025.
Selain itu, skop naik taraf gimnasium rakyat antaranya termasuk memasang penghawa dingin, pendawaian semula, menukar papan litar dan pemasangan lampu tambahan. Penaik tarafan gimnasium ini diharapkan dapat memanfaatkan pengguna gimnasium merangkumi orang awam dan atlet negeri termasuk atlet para. Projek ini dijadualkan siap pada penghujung Oktober 2024.
Turut hadir, Encik Amir Hamzah Awang Ghazali, Setiausaha Pembangunan KBS, Encik Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Ts. Lee Chai Guan, Arkitek Kanan, Jabatan Kerja Raya Sarawak.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI
