Berita KBS

PENYERTAAN SUKAN SILAMBAM DAN KABBADI DALAM SUKMA 2024 BERI PELUANG CUNGKIL BAKAT BELIA INDIA

PENYERTAAN SUKAN SILAMBAM DAN KABBADI DALAM SUKMA 2024 BERI PELUANG CUNGKIL BAKAT BELIA INDIA

20 Ogos 2024, Sarawak - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hari ini telah menghadiri perlawanan sukan Silambam yang dipertandingkan di Sukan Malaysia (SUKMA) di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching.

Silambam dan Kabbadi yang sebelum ini tampil hanya sekadar sukan demo telah membuat penampilan di SUKMA 2024 dan akan terus disenaraikan di SUKMA 2026 sebagai sukan pingat. Kemasukan kedua-dua sukan tradisional India di SUKMA ini diputuskan oleh Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) pada 12 Jun 2023.
 
Ini menunjukkan Kerajaan Madani akan terus memberi keutamaan kepada sukan tradisi agar tidak lupus ditelan zaman. Penyertaan Silambam dan Kabbadi dalam SUKMA akan memberi peluang untuk mencungkil bakat dari kalangan belia India agar mereka mempunyai peluang untuk bertanding di arena antarabangsa seperti di Sukan Asia yang turut mempertandingkan sukan Kabaddi.
 
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.