Berita KBS

Sidang Media PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2024

Sidang Media PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2024

20 Ogos 2024, Kuala Lumpur - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir ke Sidang Media PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2024 bertempat di Kuala Lumpur.

Meraikan ulang tahun yang ke-25, acara berprestij ini bakal membuka tirainya pada 1 hingga 3 November 2024 sekaligus membuktikan keupayaan Malaysia dalam menganjurkan acara bertaraf dunia ini sejak kali pertama diadakan pada tahun 1999.
 
Inisiatif ini telah memupuk ekosistem sukan permotoran yang mampan, mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pelancongan dan memperkasakan belia dengan laluan profesional melalui program seperti Rakan Litar dan menyokong bakat baharu.
 
Dapatkan tiket anda sekarang di wwww.sepangcircuit.com
 
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.