Berita KBS

MALAYSIA METERAI MoU DENGAN INDIA BAGI PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN

MALAYSIA METERAI MoU DENGAN INDIA BAGI PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN

21 Ogos 2024, India - Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan India dalam bidang belia dan sukan telah ditandatangani di Hyderabad House, New Delhi, India.

Malaysia telah diwakili oleh Dato’ Seri Mohamad Hasan, Menteri Luar Negeri manakala India telah diwakili oleh TYT B.N Reddy, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia.
MoU berkenaan memberi penekanan ke atas kerjasama strategik antara kedua negara dalam bidang pembangunan belia dan sukan. Antara bidang fokus MoU tersebut adalah inisiatif program pertukaran belia Malaysia-India dan anti-doping.
 
Pemeteraian MoU selama 5 tahun antara kedua-dua negara ini dilihat dapat meningkatkan lagi hubungan dua hala Malaysia dan India.
 
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.