Pertandingan Keceriaan Antara Kementerian
- ukk
22 Ogos 2024, Putrajaya - Bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini, antara aktiviti yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan ialah Pertandingan Keceriaan Antara Kementerian.
Bertemakan Malaysia Madani: Jiwa Merdeka bahagian/jabatan/agensi KBS telah berganding bahu memperlihatkan kreativiti hiasan kemerdekaan bagi mendapatkan penilaian terbaik daripada pihak juri semasa sesi penjurian.
Unsur-unsur belia dan sukan diterapkan dalam hiasan merdeka seiring dengan gagasan Malaysia MADANI.
YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS juga turut meluangkan masa melihat hiasan kemerdekaan disamping menyaksikan persembahan kebudayaan dan deklamasai sajak oleh warga KBS.
Diharapkan kreativiti yang ditonjolkan oleh warga Kementerian ini dapat menerapkan semangat Jiwa Merdeka dalam diri masing-masing.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS
