Berita KBS

Majlis Pengenalan Pasukan PETRONAS Le Tour de Langkawi 2024

Majlis Pengenalan Pasukan PETRONAS Le Tour de Langkawi 2024

27 September 2024, Kedah - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir ke Majlis Pengenalan Pasukan PETRONAS Le Tour de Langkawi 2024.

Majlis pengenalan yang berlangsung di Langkawi, Kedah tersebut telah disempurnakan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah.

Majlis penuh gilang-gemilang itu memperkenalkan 132 pelumba daripada 22 pasukan bertanding pada edisi ke-28 yang dijadualkan berlangsung mulai 28 September hingga 6 Oktober 2024.

Turut hadir sama YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN. 

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.