
Anugerah Khas Pekerja Terbaik (AKPT) Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
- ukk
2 Oktober 2024, Putrajaya - Tahniah kepada 16 orang penerima Anugerah Khas Pekerja Terbaik (AKPT) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang telah dipilih bagi penilaian bulan April, Mei dan Jun 2024.
Penyampaian sijil kepada penerima telah disampaikan oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) KBS Bil. 19/ 2024 yang diadakan di Menara KBS hari ini.
Anugerah ini merupakan penghargaan kepada individu-individu yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam prestasi kerja khususnya dan dalam usaha meningkatkan imej Kementerian secara amnya.
Turut hadir meraikan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan serta pengurusan tertinggi KBS.