Berita KBS

Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2024

Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2024

12 Oktober 2024, Putrajaya - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2024 bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3.

Seramai lebih kurang 15,000 orang membanjiri Dataran Putrajaya bagi menyertai acara Fit Malaysia merangkumi Larian MADANI, Berjalan untuk Negara dan banyak lagi.

Sebanyak 64 acara sukan dan rekreasi berlangsung bersempena sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya.

KBS juga turut mensasarkan penyertaan keseluruhan seramai 4.5 juta orang menerusi aktiviti sukan dan rekreasi yang dianjurkan di seluruh negara merangkumi peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.

Ayuh Malaysia! Kita amalkan gaya hidup aktif dan cergas seterusnya menyokong hasrat menjadikan Malaysia sebuah “negara bersukan”.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #CergasBersama

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 21-04-2026, 15:52:08
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.