
Program Santuni Madani KBS - Kg. Spang Loi, Segamat, Johor
- ukk
24 Oktober 2024, Segamat, Johor - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir di Program Santuni Madani KBS yang berlangsung di Kg. Spang Loi, Segamat, Johor.
Program Santuni MADANI – Satu Pemimpin Satu Kampung ini merupakan satu program khas yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri sebagai usaha meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat menerusi libat urus berterusan dan pemantauan berkala untuk memperkasakan pendekatan pembangunan MADANI diperingkat luar bandar.
Kampung Spang Loi telah dipilih berdasarkan potensi komuniti di sini yang begitu aktif dan semangat perpaduan yang jitu. Usaha KBS di kampung ini akan berdasarkan acuan pembangunan inklusif melibatkan penduduk kampung dan pemegang taruh utama.
Program-program jangka pendek dan sederhana akan dilaksanakan seperti program pembangunan sukan, peluang pendidikan TVET ILKBS, gotong-royong, kursus jangka pendek, projek kolam ikan air tawar, kursus kaedah ternakan ikan dalam sangkar, dan lain-lain pengisian yang dirancang berdasarkan kesesuaian dan keperluan masyarakat kampung ini. Diharapkan usaha ini akan menoktahkan kemiskinan tegar dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat di kampung ini.
KBS komited untuk terus memacu pembangunan belia dan sukan secara inklusif.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI