BERITA KBS
Sukan Selasa @ Putrajaya - Pound Bersama Icon Hanis
26 Ogos 2025, Putrajaya - #MADANISihat bersama Sukan Selasa @ Putrajaya 2025!
Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) meneruskan inisiatif Sukan Selasa @ Putrajaya minggu ini dengan aktiviti kecergasan Pound bersama Icon Hanis yang berlangsung di Podium Menara KBS, Putrajaya.
Program mingguan ini dianjurkan secara percuma dan terbuka kepada semua, khususnya komuniti Putrajaya, bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berstamina.
Selain berpeluh bersama rakan-rakan, ia juga menjadi ruang untuk membina semangat kebersamaan dan kesejahteraan hidup.
Ayuh jadikan aktiviti ini sebahagian daripada rutin mingguan anda. Sertai kami pada sesi seterusnya dan bersama kita pupuk budaya hidup sihat untuk diri, keluarga dan komuniti!
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
