BERITA KBS
Kem Fasa 1 Temasya Sukan SEA 2027
11 Februari 2026, Tanjung Malim, Perak - Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari telah merasmikan Kem Fasa 1 Temasya Sukan SEA 2027 yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.
Kem selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Februari 2026 itu melibatkan lebih 300 atlet daripada Program Podium, Program Berfasa dan Program Pelapis merangkumi 25 jenis sukan.
Kem Fasa 1 ini memberi penekanan kepada modul ketenteraan dan kenegaraan melalui kerjasama strategik bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Akademi Kenegaraan Malaysia, sebagai usaha memperkukuh jati diri, disiplin serta semangat patriotisme dalam kalangan atlet negara.
Pada majlis yang sama, turut berlangsung sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan UPSI, yang membuka ruang kerjasama lebih menyeluruh dalam pembangunan sukan negara, khususnya dalam aspek latihan, penyelidikan dan pembangunan bakat.
Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
