Lawatan Kerja Ke IKBN Jitra, Kedah
- ukk
22 Jun 2026, Jitra, Kedah - Lawatan kerja YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS, diteruskan ke IKBN Jitra, Kedah bagi meninjau perkembangan projek pembangunan serta penambahbaikan fasiliti latihan yang sedang dilaksanakan.
Lawatan ini memberi fokus kepada projek naik taraf fasiliti dan peralatan latihan Jabatan Fesyen dan Pakaian, Jabatan Teknologi Mekanikal serta Jabatan Teknologi Automotif selain pemantauan Projek Cakna MADANI yang melibatkan penambahbaikan kemudahan asrama pelajar.
Komitmen berterusan KBS dalam memperkasakan TVET terus diperkukuh bagi memastikan pelajar mendapat kemudahan latihan yang lebih kondusif, moden dan memenuhi keperluan industri semasa.
TVET diperkasa, masa depan lebih bermakna!
