Sesi Ramah Mesra Bersama Ahli Friends of Ministry (FOM) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Serta Jemputan Khas
- ukk
29 Jun 2026, Puchong, Selangor - Bertempat di Impact Integrated, Puchong, telah berlangsung Sesi Ramah Mesra Bersama Ahli Friends of Ministry (FOM) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta jemputan khas.
Dalam sesi tersebut, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan, telah menyampaikan taklimat mengenai kedudukan semasa serta hala tuju KBS kepada ahli-ahli FOM.
FOM merupakan platform kolaborasi strategik dan rakan pemikir kementerian yang berperanan menyalurkan pandangan serta cadangan bagi memperkukuh dasar dan pelaksanaan program pembangunan belia dan sukan agar lebih berkesan, inklusif dan berimpak tinggi.
Selain itu, ahli-ahli FOM turut dibawa melawat fasiliti dan kemudahan yang terdapat di Impact Integrated bagi melihat sendiri ekosistem serta infrastruktur yang menyokong pelaksanaan pelbagai program pembangunan belia dan sukan.
Turut hadir, YBhg. Dato' Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS.
