Berita KBS

Malaysia Kekal Tuan Rumah MotoGP™️ Hingga 2031

Malaysia Kekal Tuan Rumah MotoGP™️ Hingga 2031

1 Julai 2026, Sepang, Selangor - Malaysia akan terus menjadi tuan rumah MotoGP  bagi tempoh lima tahun lagi selepas Kerajaan meluluskan pembaharuan kontrak penganjuran untuk tahun 2027 hingga 2031.

Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata pembaharuan ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk mengekalkan Malaysia sebagai hab sukan permotoran dunia, selain merancakkan ekonomi dan pembangunan bakat tempatan.

Pada 2024, MotoGP  Malaysia menjana impak ekonomi RM694 juta serta mewujudkan lebih 4,400 peluang pekerjaan. Pelan Induk Pembangunan Sepang International Circuit (SIC) 2035 pula dijangka menarik pelaburan sehingga RM1 bilion dan mewujudkan lebih 5,000 peluang pekerjaan berimpak tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata pembaharuan kontrak ini akan terus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama MotoGP  dunia.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail.