Program Kepimpinan Wanita Dalam Sukan 2026
- ukk
1 Julai 2026, Kuching, Sarawak - Program Kepimpinan Wanita Dalam Sukan 2026 telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Bimol di UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan.
Berlangsung selama dua hari bermula 1 hingga 2 Julai 2026, program ini menghimpunkan lebih 150 peserta yang terdiri daripada pegawai Majlis Sukan Negeri, Persatuan Sukan Kebangsaan dan Negeri, jurulatih, atlet negeri, pensyarah, pelajar IPT, NGO berkaitan wanita dan sukan serta wakil agensi kerajaan dan swasta.
Program ini menjadi platform penting dalam memperkasa kepimpinan wanita dalam bidang sukan, di samping mengukuhkan jaringan kerjasama serta perkongsian ilmu antara pelbagai pihak demi pembangunan sukan yang lebih inklusif.
Majlis perasmian turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBrs. Encik Jefri Ngadirin; Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Prof. Dr. Firdaus Abdullah; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), YBrs. En. Khairul Nizam Morshidi; serta Ketua Pusat Pengajian Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Cawangan Sarawak, Puan Asmalini Che Abu Shafie.
