BERITA KBS
Sambutan Pulang Kontinjen Temasya Sukan Para Asia ke-4 Hangzhou 2022
KLIA, 29 Oktober 2023 - Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Para Asia ke-4 Hangzhou 2022 telah disambut oleh YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Isteri kepada YAB Perdana Menteri di Balai Ketibaan KLIA malam tadi.
Beliau turut menyampaikan plak cenderahati kepada semua 39 atlet yang berjaya memenangi pingat di Sukan Para Asia Hangzhou sejurus keluar dari Balai Ketibaan.
Malaysia mengakhiri saingan di Hangzhou dengan mengumpul 39 pingat merangkumi 7 pingat emas, 15 perak dan 17 gangsa, sekali gus melepasi sasaran 35 pingat secara keseluruhan ditetapkan sebelum ini.
Turut hadir sama majlis tersebut, YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta YBhg. Dr. Ts. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
