Pelancaran Rakan Muda Nafas Baharu
- ukk
YAB Perdana Menteri menyempurnakan pelancaran Rakan Muda yang diberikan nafas baharu di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Inisiatif Rakan Muda kini diperkasakan semula oleh KBS dengan objektif untuk menjadi platform pengisian masa berkualiti dan penyatuan perpaduan.
Pelbagai program dan aktiviti yang akan digerakkan oleh KBS menerusi 10 Gaya Hidup Rakan Muda iaitu Rakan Aktif, Rakan Bumi, Rakan Demokrasi, Rakan Digital, Rakan Ekspresi, Rakan Litar, Rakan Muzik, Rakan Mahir, Rakan Niaga dan Rakan Prihatin.
Majlis pelancaran diserikan dengan kehadiran Mantan Menteri Belia dan Sukan yang merupakan pengasas inisiatif Rakan Muda pada tahun 1994, YBhg. Tan Sri Dato’ Abdul Ghani Othman.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim.
Sekiranya ingin mendaftar atau memerlukan maklumat lanjut layari https://www.kbs.gov.my/rakanmuda