BERITA KBS
Sidang Media Battleground Malaysia: Road to Gold
Bukit Jalil, 20 September 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir ke sidang media Battleground Malaysia: Road to Gold.
Pertandingan yang merupakan insiatif bersama KBS dan ASTRO ini diperkasakan oleh Rakan Muda menerusi jenama gaya hidup Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik.
Inisiatif ini merupakan platform untuk mencungkil bakat belia Malaysia, memperkasakan mereka menerusi peluang, mentor dan latihan yang diberikan oleh ahli profesional yang berkaliber, dengan aspirasi untuk memupuk generasi baharu atlet Malaysia yang akan bersinar di pentas dunia.
Selain itu menerusi pertandingan ini, Kementerian amat komited untuk membantu para penari yang berbakat besar dengan memantapkan kemahiran mereka dalam bidang tarian serta mencungkil ramai lagi bakat yang boleh mewakili Malaysia di persada antarabangsa dalam sukan tarian termasuk di Sukan Olimpik kelak.
Saksikan Battleground Malaysia: Road to Gold menerusi Astro RIA (Saluran 104), Vinmeen (Saluran 202) & SHOWCASE (Saluran 413) setiap hari Jumaat, 10 malam mulai 29 September.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
