Meningkatkan tahap kelangsungan hidup dan kesejahteraan menjadi matlamat utama setiap individu, tidak terkecuali belia, kerana mereka merupakan kumpulan yang berpotensi mempengaruhi masa depan sesebuah negara. Sehubungan itu, beberapa faktor harus diambilkira seperti tahap pendidikan, kesihatan dan sumber pendapatan mereka. Maka tahap kelangsungan hidup dan kesejahteraan mereka perlu diberi perhatian sewajarnya.
Pasaran kerja kini lebih bersifat dinamik ekoran perubahan pesat dalam penggunaan teknologi terkini dan kepelbagaian keperluan oleh majikan. Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai isu dalam pasaran kerja dan dirumitkan lagi oleh prestasi ekonomi negara semasa yang agak sederhana. Penciptaan peluang pekerjaan baharu yang perlahan dilihat tidak senada dengan limpahan graduan dalam pasaran kerja. Justeru, KBS dalam usaha mencipta peluang pekerjaan dan medium yang sesuai untuk generasi muda.
Bagi memperkasa tadbir urus, KBS telah melaksanakan beberapa inisiatif antaranya dengan mengamalkan tadbir urus yang baik & berintegriti. KBS telah melancarkan Pelan Integriti KBS antaranya menggariskan perolehan yang telus (Open Tender), penempatan Pegawai SPRM di KBS, melaksanakan program auditing, pengisytiharan harta Menteri dan Pegawai Pejabat Menteri dan akhir sekali memuktamadkan Corruption Risk Management (CRM) dengan kerjasama SPRM.
Kemaskini Terakhir: 11-10-2024, 16:46:46