Berita KBS

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA MEDAN TERBAIK MEMPERKASAKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA MEDAN TERBAIK MEMPERKASAKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Kuala Lumpur, 26 Januari 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang II, Penggal 33, Sesi 2021 – 2022 .
Platform MPBN merupakan sesi libat urus dan persidangan intelektual dalam kalangan pemimpin pertubuhan belia negeri dan kebangsaan bersama wakil-wakil kementerian dan agensi.

Antara isu yang disentuh oleh YB Menteri dalam ucaptamanya pagi ini berkaitan pemerkasaan pertubuhan belia, isu pengangguran, kebolehpasaran belia dan sebagainya.
Sebanyak empat usul dibahaskan dalam persidangan pada hari ini iaitu sosial, ekonomi, kepimpinan dan teknologi.

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan pengurusan tertinggi KBS.

 
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 20-05-2025, 10:58:46

Jumlah Pengunjung Laman :

Search