
Simposium Kemahiran ILKBS 2024 (SKIL'24)
- ukk
13 November 2024, Puchong, Selangor - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Simposium Kemahiran ILKBS 2024 (SKIL'24).
Simposium ini bertujuan mengumpulkan maklum balas daripada pemegang taruh yang terdiri dari pihak industri, persatuan sukan dan agensi peneraju untuk memastikan TVET Sukan yang dirancang adalah selaras dengan keperluan industri.
KBS komited untuk memantapkan keupayaan tenaga pengajar ILKBS bagi menyampaikan kursus berasaskan sukan, sekali gus menetapkan hala tuju KBS sebagai salah satu peneraju TVET Sukan di Malaysia.
KBS akan mula melaksanakan program TVET Sukan dalam bidang Pembinaan dan Penyelenggaraan Fasiliti Sukan, Permotoran Sukan (4 roda dan 2 roda) dan Fotografi Sukan.
Dalam masa yang sama, KBS akan mentransformasikan IKBN Kuala Langat kepada Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) pada tahun 2025. Ini akan menjadikan IKSN sebagai pusat utama TVET Sukan sekaligusberperanan sebagai peneraju bidang Teknologi Sukan di Malaysia
Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI