Berita KBS

Sambutan Hari Inovasi Peringkat KBS Tahun 2024

Sambutan Hari Inovasi Peringkat KBS Tahun 2024

13 November 2024, Putrajaya -  YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS merasmikan Sambutan Hari Inovasi Peringkat KBS Tahun 2024.

Sambutan Hari Inovasi pada tahun ini adalah untuk merealisasikan  teras Malaysia MADANI mengenai kepentingan inovasi dalam perkhidmatan awam kepada seluruh warga Kementerian selain menggerakkan semula Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). 

Komitmen Kementerian adalah untuk terus memacu pembudayaan dan pemerkasaan inovasi Kementerian ke peringkat yang lebih tinggi bagi memastikan inovasi yang telah dihasilkan dapat diterjemah dan bermanfaat kepada masyarakat dan Kementerian.

Antara aktiviti yang dijalan seperti Eksplorasi Inovasi, pameran inovasi Jabatan/Bahagian/Agensi KBS dan banyak lagi.

Diharapkan pembudayaan inovasi ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan KBS kepada rakyat dan pemegang taruh Kementerian.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 23-04-2025, 11:22:04

Jumlah Pengunjung Laman :

Search