Berita KBS

KUNJUNGAN HORMAT PENDAFTAR KE ATAS KETUA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA

KUNJUNGAN HORMAT PENDAFTAR KE ATAS KETUA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA

14 November 2024, Putrajaya - Kunjungan hormat Pendaftar ke atas Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Azura binti Abidin, merupakan langkah strategik untuk memperkukuhkan hubungan kerja antara Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dan Jabatan Belia dan Sukan Negara. Perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan hal-hal berkaitan pembangunan belia, termasuk penguatkuasaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Pindaan 2019) dan pelaksanaan pelan transisi belia.

Melalui kunjungan ini, diharapkan kedua-dua pihak dapat menyelaras strategi bagi mencapai matlamat bersama dalam memajukan potensi belia Malaysia dan memantapkan peranan pertubuhan belia. Perbincangan ini juga menjadi platform untuk berkongsi perkembangan terkini dan menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan pertubuhan belia.

Sesi ini turut dihadiri oleh En. Shamsul bin Musa, Timbalan Pendaftar; Dr. Hjh Siti Nazaraiah Hj. Abdul Razak, Ketua Penolong Pendaftar Cawangan Penyelarasan dan Pemantauan; dan En. Zailani bin Siran, Ketua Penolong Pendaftar Cawangan Pendaftaran.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 23-04-2025, 11:22:04

Jumlah Pengunjung Laman :

Search