
Rakan Muda Jom Teroka Industri Getah
- ukk
16 November 2024, Sungai Buloh, Selangor - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir ke program Rakan Muda Jom Teroka Industri Getah bertempat di Akademi
Hevea, Lembaga Getah Malaysia.
Program yang dikuasakan oleh Rakan Bumi ini membabitkan seramai 56 orang peserta terdiri daripada belia dari pelbagai latar belakang berumur 13 sehingga 30 tahun.
Bertujuan untuk memberikan pengalaman ‘first hand’ kepada golongan belia tentang ekosistem industri getah Malaysia, inisiatif ini membuka minda dan minat para belia mendapatkan latihan kemahiran secara ’industry oriented’ dalam bidang industri getah.
KBS komited dalam memberi kesedaran dan pendidikan tentang pentingnya penglibatan belia dalam industri pertanian selain industri sukan.
Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS