
Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Kebangsaan
- ukk
17 November 2024, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir menyempurnakan penyampaian hadiah Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Kebangsaan bertempat di Pusat Membeli Belah Datum Jelatek.
Pertandingan Aerobic Dance telah bermula di peringkat negeri pada bulan Ogos 2024 dengan kerjasama Persatuan Sukan Kecergasan Malaysia (MAFA) telah mendapat penyertaan seramai 1,983 orang.
Pertandingan ini turut memberikan perhatian khusus kepada golongan wanita, selaras dengan hasrat Kementerian untuk memperkasakan penglibatan wanita dalam sukan.
Diharapkan usaha ini akan memperkukuh hasrat KBS untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat, selaras dengan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030) dan kerangka Malaysia MADANI.
Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
Syabas dan tahniah kepada para pemenang.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS