
HEBAHAN: PROGRAM DAN MAJLIS PELUNCURAN RAKAN DEMOKRASI: KUASA ORANG MUDA TAHUN 2024
- ukk
Bahagian Pembangunan Rakan Muda (BPRM), Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan mengadakan Program & Majlis Peluncuran Rakan Demokrasi Kuasa Orang Muda (RD:KOM) pada 24 November 2024 (Ahad) di MMU Cinema, Multimedia University, Cyberjaya. Program RD:KOM merupakan sebuah program pendidikan demokrasi bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan dan komitmen belia untuk menjadi warganegara muda yang aktif (active citizenship).
Berteraskan Gaya Hidup Rakan Demokrasi, program ini turut bermatlamat untuk memperluas kesedaran tentang cara penglibatan belia dalam proses demokrasi.
Sesi interaktif RD:KOM selama setengah hari akan membekalkan pelbagai input & informasi bermanfaat terutamanya berkaitan demokrasi, harga sekeping undi & kuasa yang terdapat pada belia!
Majlis Peluncuran yang akan diadakan ini adalah sebagai simbolik pelaksanaan 100 program RD:KOM di seluruh Negara oleh Rakan Pelaksana kelak.
Oleh itu, belia berumur 13- 30 adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini. Pra-Pendaftaran seperti pautan adalah seperti berikut: https://forms.gle/ MS34e67S8Jr5a65fA
Untuk maklumat lanjut boleh layari media sosial Rakan Muda dan Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Berteraskan Gaya Hidup Rakan Demokrasi, program ini turut bermatlamat untuk memperluas kesedaran tentang cara penglibatan belia dalam proses demokrasi.
Sesi interaktif RD:KOM selama setengah hari akan membekalkan pelbagai input & informasi bermanfaat terutamanya berkaitan demokrasi, harga sekeping undi & kuasa yang terdapat pada belia!
Majlis Peluncuran yang akan diadakan ini adalah sebagai simbolik pelaksanaan 100 program RD:KOM di seluruh Negara oleh Rakan Pelaksana kelak.
Oleh itu, belia berumur 13- 30 adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini. Pra-Pendaftaran seperti pautan adalah seperti berikut: https://forms.gle/
Untuk maklumat lanjut boleh layari media sosial Rakan Muda dan Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Jumpa anda di MMU Cyberjaya yaaa!!!!
Sekretariat Rakan Muda
Bahagian Pembangunan Rakan Muda
Jabatan Belia dan Sukan Negara