
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam (RPA) Tahun 2024
- ukk
23 November 2024, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir ke Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam (RPA) Tahun 2024.
Bertemakan ”MADANI Di Hati, Rakyat Disantuni”, majlis yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim ini merupakan program untuk memberi ruang kepada rakyat terlibat secara langsung dalam usaha reformasi kerajaan.
Selain itu, ianyanya juga sebagai platform untuk menterjemah manfaat hasil daripada inisiatif yang dirangka oleh Kerajaan MADANI.
Kemuncak majlis diteruskan dengan pemeteraian Deklarasi Kuala Lumpur, yang ditandatangani oleh semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri. Ia menjadi tanda solidariti yang kukuh serta mencerminkan usaha bersama kerajaan negeri dan persekutuan untuk melaksanakan reformasi demi kebaikan bersama.
Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIdihatirakyatdisantuni #2TM