
PERKONGSIAN INISIATIF INTEGRITI DAN ANTI RASUAH BERSAMA RAKITA FM
- ukk
11 November 2024, Puchong – Dalam memperkasakan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selari dengan keperluan revolusi Industri 4.0 di mana banyak pertambahan peluang latihan dibuka kepada pelajar, inisiatif "Modul Kursus Integriti Antirasuah (KIAR) telah dijadikan sebagai sebahagian daripada pendidikan TVET sedia ada sebagai satu usaha berterusan untuk melahirkan tenaga kerja dan usahawan yang tidak berkompromi terhadap sebarang perlakuan rasuah
Sempena sambutan Bulan Integriti Nasional, Unit Integriti Kementerian Belia dan Sukan telah merancang pelbagai aktiviti termasuklah sesi temu bual bersama RAKITA FM bagi mempromosikan inisiatif KIAR di bawah Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) yang telah dijayakan oleh Institut Latihan Kemahiran Belia Negara (ILKBS).
Puan Waheida binti Azmy, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan IKTBN Sepang dan Saudara Fathu Fithri bin Saari, Pelajar IKTBN Sepang telah dijemput untuk berkongsi pandangan menerusi segmen Indie Ground dengan topik perbincangan adalah “Inisiatif Integriti dan Antirasuah” bersama Rakita FM.