
Penyerahan Surat Pelantikan Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia
- ukk
26 November 2024,Putrajaya - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS menyampaikan surat pelantikan Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia kepada YBrs. Puan Dalila Sharingat.
Mempunyai pengalaman selama 26 tahun dalam perkhidmatan awam dan pernah berkhidmat di pelbagai jabatan penting seperti Institut Teknikal Jepun Malaysia, CIAST, Jabatan Tenaga Manusia dan IKTBN Dusun Tua, pelantikan beliau selaku Pengarah Kemahiran, BPKB berkuat kuasa pada 25 November 2024.
Tahniah dan selamat menjalankan tugas Puan Dalila! Semoga terus cemerlang dalam menerajui BPKB serta membawa kecemerlangan kepada pembangunan kemahiran TVET Malaysia!