Berita KBS

KSU KBS mengadakan Lawatan Kerja ke Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang

KSU KBS mengadakan Lawatan Kerja ke Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang

28 November 2024, Pulau Pinang - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg Ts Dr Nagulendran Kangayatkarasu, telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Jabatan Belia dan Sukan serta Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Pulau Pinang. Beliau telah disambut oleh En. Mozakir bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan wakil daripada Pejabat Belia dan Sukan (PBSD) Barat Daya dan Timur Laut.

Lawatan Kerja ini antara lain merangkumi perbincangan urusan pentadbiran, perancangan program-program dan kemajuan projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di Pulau Pinang. YBhg. Ts. Dr. turut berpeluang untuk memantau keadaan semasa Dewan Gim KOMBES yang mengalami kerosakan kecil. Beliau telah memohon agar tempoh waranti bagi flooring lantai diperhalusi supaya dapat dipulihkan seperti sedia kala untuk kegunaan pemegang taruh sukan di Pulau Pinang.

Lawatan Ini selari dengan hasrat Kerajaan untuk merakyatkan dan membudayakan sukan serta memperkasakan aktiviti belia dan sukan di seluruh negara.

Selain itu, JBSN P. Pinang baru-baru ini telah membuat reformasi dari segi kewujudan cawangan yang telah dirasionalisasikan dan dipusatkan di KOMBES dalam langkah pengurangan kos dan mengoptimakan penggunaan sumber dan penyampaian perkhidmatan. 
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 23-04-2025, 11:22:04

Jumlah Pengunjung Laman :

Search