
Kunjungan Hormat Rais Republik Tatarstan, H.E. Rustam Minnikhanov di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras, Kuala Lumpur
- ukk
11 Disember 2024, Cheras, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menerima kunjungan Rais Republik Tatarstan, H.E. Rustam Minnikhanov di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras, Kuala Lumpur.
Dalam lawatan tersebut, para delegasi dipertontonkan dengan persembahan tradisional Malaysia dan sajian makanan tempatan di samping berkesempatan melihat pelaksanaan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) yang berlangsung di Dewan Kampo, IYC.
Antara delegasi yang hadir seperti Academy of Youth Diplomacy (AYD), Kazan, Kedutaan Rusia serta wakil belia antarabangsa.
Lawatan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan diplomasi belia tetapi turut memberi peluang mempromosikan dasar belia dan budaya tradisional Malaysia di peringkat antarabangsa.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI