
Simposium Sukan Selamat Antarabangsa 2024
- ukk
12 Disember 2024, Subang - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Simposium Sukan Selamat Antarabangsa 2024.
Simposium Sukan Selamat Antarabangsa 2024 yang berlangsung pada 11 hingga 12 Disember adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap persekitaran sukan yang bebas daripada sebarang bentuk penderaan atau gangguan.
Kod Sukan Selamat yang diusahakan oleh KBS menekankan prinsip seperti keselamatan, hormat-menghormati, dan permainan adil untuk memastikan ketelusan dan perlindungan semua pihak dalam sukan.
Simposium ini juga memberi tumpuan kepada strategi menangani gangguan seksual dan salah laku dalam sukan, dengan pemantauan serta program sokongan yang menyeluruh.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI