
Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 YAB Perdana Menteri dan Majlis Perhimpunan Bulanan KBS
- ukk
3 Januari 2025, Putrajaya - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 YAB Perdana Menteri dan Majlis Perhimpunan Bulanan KBS.
Dalam majlis tersebut pengurusan tertinggi KBS bersama-sama dengan warga Kementerian hadir bagi mendengar dan mengikuti amanat YAB Perdana Menteri secara atas talian di Lobi Utama Menara KBS.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan amanat tahun baharu daripada YB Menteri Belia dan Sukan. Dalam amanatnya, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga KBS yang telah menjayakan pelbagai inisiatif belia dan sukan sepanjang tahun 2024.
Beliau juga turut menekankan agar tahun 2025 ini warga KBS sentiasa menitikberatkan kesihatan diri disamping melaksanakan tugas dan penyampaian perkhidmatan mengikut tatakelola yang telah ditetapkan.
Majlis turut diserikan dengan penyerahan projek naik taraf lobi KBS yang telah selesai dilaksanakan pada tahun lepas. Lobi baharu ini dilengkapi dengan kemudahan dan fasiliti terkini bagi kegunaan warga KBS.
Turut disampaikan adalah penyampaian hadiah program Biggest Loser KBS 2024 di mana hadiah tempat pertama hingga tempat ketiga diberikan kepada warga KBS yang berjaya menurunkan berat badan paling banyak bemula pada bulan Ogos 2024 hingga Disember 2024.
Seramai 196 warga KBS telah mengambil bahagian dalam program ini yang bertujuan untuk memperluaskan penerapan budaya bersukan dan gaya hidup yang sihat dalam warga KBS.
Syabas kepada para pemenang dan semoga menjadi inspirasi kepada warga KBS bagi tahun 2025 ini.
Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI