Berita KBS

BENGKEL PEMURNIAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN BELIA

BENGKEL PEMURNIAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN BELIA

Subang Jaya - Subang Jaya, 29 Disember – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) telah dijemput untuk menghadiri Bengkel Pemurnian Perlembagaan Pertubuhan Belia bersama wakil daripada 95 Majlis Belia Daerah (MBD). Bengkel ini berlangsung di Grand Dorsett Subang dan bertujuan memperkukuh perlembagaan pertubuhan belia selaras dengan pindaan terkini Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Pindaan 2019).

Pendaftar Pertubuhan Belia, Encik Hasnata bin Hasan, bersama Pegawai Pendaftar, Encik Nadzmi bin Roslaimee hadir untuk menyampaikan taklimat berkenaan Pindaan Perlembagaan Pertubuhan Belia. Dalam sesi tersebut, mereka menjelaskan keperluan pindaan dan implikasinya terhadap organisasi belia, termasuk proses dan garis panduan untuk meminda perlembagaan masing-masing.

Turut disentuh adalah pentingnya kepatuhan terhadap had umur belia baharu, iaitu dari 15 hingga di bawah 30 tahun, bagi memastikan pertubuhan belia kekal relevan dengan peredaran masa dan memenuhi kehendak undang-undang.

Bengkel ini juga membuka ruang untuk perbincangan interaktif antara pihak ROY dan wakil-wakil MBD, sekali gus membantu menyelesaikan sebarang kekeliruan berkaitan prosedur pindaan perlembagaan.

ROY berharap bengkel ini dapat memperkukuh kerjasama antara pertubuhan belia dan pihak ROY dalam memajukan agenda pembangunan belia negara.

 

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 23-04-2025, 11:22:04

Jumlah Pengunjung Laman :

Search