Berita KBS

KURSUS KEPIMPINAN ORGANISASI MAYC PERINGKAT DAERAH BACHOK

KURSUS KEPIMPINAN ORGANISASI MAYC PERINGKAT DAERAH BACHOK

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur, melalui Pegawai Pendaftar Kanan, Puan Hasliza Mohd Zin, telah menyampaikan ceramah sempena Kursus Kepimpinan Organisasi Peringkat Daerah Bachok anjuran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kawasan Bachok.

Ceramah tersebut memberi fokus kepada penyediaan minit mesyuarat, diikuti dengan simulasi mesyuarat serta penerangan tentang penyediaan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD). Kursus ini bertujuan untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran ahli kelab belia yang bergabung dengan MAYC Kawasan Bachok dalam aspek tadbir urus organisasi.

Tahniah diucapkan kepada kepimpinan MAYC Kawasan Bachok atas penganjuran kursus ini serta ahli belia yang hadir dan komited dalam meningkatkan kapasiti organisasi. Semoga usaha ini dapat memantapkan lagi pengurusan dan tadbir urus persatuan belia di daerah Bachok.

 

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 23-04-2025, 11:22:04

Jumlah Pengunjung Laman :

Search