Berita KBS

Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia (MBM) kali ke-73

Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia (MBM) kali ke-73

10 Januari 2025, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia (MBM) kali ke-73 bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Persidangan yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim menyaksikan kehadiran seramai 401 perwakilan terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Kerja, Dewan Tertinggi dan Badan-badan gabungan MBM dari seluruh negara.
 
MPAT merupakan perhimpunan keluarga besar MBM bagi membincangkan dasar, hala tuju dan pembangunan generasi belia Malaysia.
 
Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
 
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 23-04-2025, 11:22:04

Jumlah Pengunjung Laman :

Search