Berita KBS

KUNJUNGAN JCI MALAYSIA KE ATAS PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA

KUNJUNGAN JCI MALAYSIA KE ATAS PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA

6 Januari 2025, Putrajaya - Presiden Kebangsaan JCI Malaysia, Encik Tan Wei Jian, bersama kepimpinan baharu telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) bagi memperkukuh hubungan strategik dan membincangkan agenda pembangunan belia.

Dalam pertemuan tersebut, Encik Tan Wei Jian memperkenalkan barisan kepimpinan baharu JCI Malaysia serta berkongsi aspirasi untuk memajukan peranan belia dalam pembangunan komuniti dan ekonomi.

ROY menyambut baik kunjungan ini dan menzahirkan komitmen untuk menyokong inisiatif JCI Malaysia, termasuk pelaksanaan Pelan Transisi Belia yang bertujuan memastikan penyelarasan aktiviti dan struktur pertubuhan belia mengikut Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Pindaan 2019).

Perbincangan turut melibatkan peluang kerjasama dalam program pembangunan kepimpinan belia, penyesuaian perlembagaan pertubuhan belia, dan penyelarasan aktiviti dengan dasar belia negara.

Pertemuan ini mengukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak ke arah melahirkan belia yang berdaya saing dan inovatif.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 23-04-2025, 11:22:04

Jumlah Pengunjung Laman :

Search