Berita KBS

Anugerah Khas Pekerja Terbaik (AKPT) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) - Julai, Ogos dan September 2024

Anugerah Khas Pekerja Terbaik (AKPT) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) - Julai, Ogos dan September 2024

15 Januari 2025, Putrajaya - Tahniah kepada 16 orang penerima Anugerah Khas Pekerja Terbaik (AKPT) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang telah dipilih bagi penilaian bulan Julai, Ogos dan September 2024.

Penyampaian sijil kepada penerima telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) KBS Bil. 1/ 2025 yang diadakan di Menara KBS hari ini.

Anugerah ini merupakan penghargaan kepada individu-individu yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam prestasi kerja khususnya dan dalam usaha meningkatkan imej Kementerian secara amnya.

Turut hadir meraikan, YBrs. Puan Ramona Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS serta pengurusan tertinggi KBS.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 20-03-2025, 09:14:13

Jumlah Pengunjung Laman :

Search