
Sijil Penghargaan Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB)
- ukk
20 Januari 2025, Putrajaya - YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS mewakili Kementerian Belia dan Sukan telah menerima Sijil Penghargaan Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB). Penyampaian sijil disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dalam Mesyuarat Pasukan Khas Reformasi Agensi Bilangan 1 Tahun 2025.
Pengiktirafan ini diberikan atas kejayaan Kementerian Belia dan Sukan dalam melaksanakan dua Program RKB pada tahun 2024, yang merangkumi projek Pengurangan Beban Peraturan Tidak Wajar Pelesenan dan Penganjuran Acara Sukan (Pesuruhjaya Sukan Malaysia) dan Mempercepat Kelulusan Pemberian Bantuan NGO daripada 45 Hari kepada 16 Hari (Jabatan Belia dan Sukan Negara).
Program RKB adalah sebahagian daripada Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam 2024-2030 yang diperkenalkan oleh Kerajaan untuk menyemak dan memperbaiki peraturan serta proses birokrasi yang membebankan perniagaan dan rakyat. Program RKB dapat mengurangkan kerenah birokrasi yang tidak relevan, memudahkan urusan, dan meningkatkan kecekapan demi pertumbuhan ekonomi negara.
KBS melalui Jabatan dan Agensi akan terus melaksanakan program RKB pada tahun 2025 untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pemegang taruh dilaksanakan dengan lebih telus, cekap, dan berkesan.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja