
Lawatan Kerja YB Menteri Belia dan Sukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- ukk
22 Januari 2025, Tanjong Malim - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Dalam lawatan ini, YB Menteri telah berkongsi idea dan aspirasi terutamanya melibatkan inisiatif KBS bersama pengurusan dan pelajar UPSI.
Selain itu, YB Menteri turut meninjau fasiliti pembangunan belia dan sukan yang terdapat di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.
Sesi lawatan turut disertai oleh YBhg. Puan Sri Datuk Seri Rohani Abdullah, Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI dan Naib Cancelor UPSI, YBhg. Prof. Dato' Dr. Md Amin Md Taff.
KBS dan UPSI komited menjalinkan kolaborasi erat dalam konteks pembangunan belia dan sukan terutamanya menerusi pemilihan UPSI sebagai salah satu Pusat Satelit ISN.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja