Berita KBS

SKUAD BOLING NEGARA TERIMA INSENTIF KHAS

SKUAD BOLING NEGARA TERIMA INSENTIF KHAS

23 Januari 2025, Putrajaya - Skuad Boling Negara terima insentif khas : Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju menyalurkan insentif khas kepada atlet-atlet boling negara yang melakar pencapaian cemerlang pada Kejohanan Piala Dunia Boling Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Hong Kong awal bulan ini.

Insentif keseluruhan berjumlah RM90,000 itu adalah pengiktirafan kepada pencapaian atlet-atlet negara, biarpun Piala Dunia IBF pada awalnya tidak disenaraikan oleh Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) untuk Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).
 
Natasha Roslan yang muncul juara acara individu wanita menerima RM20,000 manakala Muhamad Rafiq Ismail, Ahmad Muaz Fishol, Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam dan Timmy Tan yang memenangi gelaran juara acara berpasukan lelaki menerima RM40,000.
 
Rafiq yang turut cemerlang bergelar naib juara acara individu lelaki menerima RM10,000 manakala pasukan wanita dibarisi Natasha, Sin Li Jane, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Gillian Lim yang turut bergelar naib juara acara berpasukan wanita menerima RM20,000.
 
Natasha menamatkan kemarau 53 tahun menjadi atlet wanita pertama negara merangkul kejuaraan Kejohanan Piala Dunia IBF itu.
 
Pencapaian terbaru ini melengkapkan koleksi kejuaraan Natasha yang sebelumnya pernah muncul juara individu wanita di Kejohanan Boling Dunia 2023 di Salmiya, Kuwait dan juara berpasukan dunia pada kejohanan di Las Vegas, Amerika Syarikat pada 2017.
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 20-03-2025, 09:14:13

Jumlah Pengunjung Laman :

Search