Berita KBS

LAWATAN KERJA YBHG. DATO’ TS. DR. KETUA SETIAUSAHA KBS KE NEW DELHI, INDIA

LAWATAN KERJA YBHG. DATO’ TS. DR. KETUA SETIAUSAHA KBS KE NEW DELHI, INDIA

1 Februari 2025, India -  YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS telah mengetuai delegasi Malaysia bagi menyusul tindakan Memorandum Persefahaman (MoU) yang termeterai berkaitan Belia dan Sukan bersama Kerajaan India semasa lawatan kerja YAB Perdana Menteri Malaysia ke India pada bulan Ogos tahun lepas.

Mesyuarat Jawatankuasa Bersama (JCM) dan program dua hari di New Delhi ini telah melibatkan enam mesyuarat berlainan melibatkan pertemuan dengan pihak Kerajaan India, pertubuhan belia dan badan bukan kerajaan India.

JCM telah diadakan dengan Kerajaan India yang diketuai oleh Setiausaha Belia, Kementerian Hal Ehwal Belia dan Sukan India, Pn. Meeta Rajivlochan. JCM telah membincangkan dan memuktamadkan beberapa cadangan pelaksanaan program pembangunan belia dua hala yang melibatkan:

-       Program Pertukaran Belia Malaysia - India pada tahun 2025;

-       Program keusahawanan belia;

-       Kesihatan mental & kesejahteraan belia;

-       Kesukarelawanan serta kepimpinan; dan

-       TVET

Delegasi Malaysia juga telah mengadakan mesyuarat bersama National Anti-Doping Agencies (NADA), India yang diketuai oleh Shri Anant Kumar, Ketua Pengarah NADA. Selain itu, delegasi Malaysia turut bertemu dan mengadakan perbincangan dengan beberapa badan bukan kerajaan yang juga akan turut terlibat dalam pelaksanaan program belia dua hala. Perbincangan telah diadakan dengan YUSVATTA, Participatory Research in Asia (PRIA) dan Confederation of Young Leaders of India. Salah satu program yang akan diadakan di Malaysia bersama YUSVATTA adalah pada bulan Jun 2025 berkaitan Youth and Sustainable Development Goals.

KSU KBS dan delegasi juga telah membuat, kunjungan hormat keatas YBhg. Dato’ Muzafar Shah Mustafa, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik India.  Delegasi Malaysia turut disertai oleh Encik Jadzreill Jaafar, Eksekutif Program, Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur dan Encik Ariff Azwan bin Alis @ Alias, Bahagian Hubungan Antarabangsa, KBS.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 20-03-2025, 09:14:13

Jumlah Pengunjung Laman :

Search